Saturday, August 29, 2009

try....

pETuA AwEK mUdA

1. Sejurus bangun pagi (bangun pagi je ya, bukan bangun tengahari atau bangun petang), sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam dan biarkan dalam mulut kira2 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan. Air liur basi kita tu ada enzim yg boleh menjadi ubat. Kemudian boleh amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu penawar berbagai penyakit.

2. Lepas buat petua no.1 di atas, urutkan pula wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Tapi ingat, dari bawah ke atas ye, kalau dari atas ke bawah orang kata makin cepat berkedut pulak.Amalkan setiap hari.

KhAsIAt KuRMa n KiSmIs

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "

Friday, August 28, 2009

Assalamualaikum..

Semoga dapat memberi peringatan kepada semua......

Bimbingan Rohani: Keluasan Neraka Yang Amat Dasyat
Oleh: Ustaz Firdaus Hakimi

Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....Yazid
Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi
saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg
mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman
daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun,sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan
hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar
penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara
langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan
basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di
atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi
Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan
minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,
tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:
iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s.
serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama
Ladha,
pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam
segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau
terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang
yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga
sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh
besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku
yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa
besar dari
ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis,
kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali
untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan
bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari
kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. .

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat.

BESDAY AKU...

HEHE skrg bru aku nk aktif balik blog aku ni... ni aku trase nk share pasai besday aku yang dah lepas...31 julai ari 2... lau korang nk layan boleh je la....

Hadiah hari ulangtahun yang paling bermakna
Selamat ulang tahun yna yg ke 23 moga diri ni panjang umur murah rezki Berjaya dunia akhirat dan menjadi wanita solehah yang dambakan cinta sejati..alhamdulillah syukur sanggat2 ntah tibe2 je rase nak nangis
YA ALLAH BETAPA AGUNG DAN PEMURAHNYA DIRIMUmelindungi diri ini serta menjaga diri ini… YA ALLAH betapa aku sedih sebelum ini kerana telah kehilangan hanset SONYERICSONK530I yang kusayang.
TAPI KAU TELAH GANTIKAN YANG HILANG DENGAN YANG LEBIH BAIK DARI SEBELUM INI…
Bayangkan aku telah hilang SATU BARANG tapi ALLAH gantikan dengan ENAM BARANG.. BERSYUKUR SANGAT TAK DAPAT KU BAYANGKAN DIRI INI TANPAMU YA ALLAH…ALHAMDULILLAH MAMPU KU LUAH KEPADAMU… INI LAH KUASA MU MENGUJIKU UNTUK MEMBERIKU YANG LEBIH BAIK LAGIKAN… RAHMAT DISEBALIK UJIANMU ADALAH JANJIMU YA ALLAH…
YA ALLAH bertapa bertuahnya diri ini…aku adalah insan yang paling bertuah. Betapa diri ini bersyukur punyai SAHABAT DAN ADIK BERADIK SERTA KELUARGA YANG TERLALU MENYANGI DIRI INI..

Sempena hari lahirku..sahabatku memyambut dengan meriah sekali TERIMA KASIH SUDI KONGSI KEGEMBIRAAN DENGAN DIRI INI.. bayangkan mereka sambut besadayku dengan surprise party hehehe

First sekali EKIN gtau malam 2 nk belanja makan sempena besday aku kerana aku telah berjanji nk beli kek MALAM ESOK kerana NAIM nk join jgk kami... mase jalan2 nk p makan kolej 10 aku tengok dari jauh lagi ade cahaya disebalik pondoK depan…hahah fikirku may be ade org sambut besdaynye same dgn aku malam ni..niat dihati nak join la..tibe2 aku Nampak NAIM TERSENGIH2… …APE LAGI AKU TERKEJUT SEMPAT JGK JERIT2 DENGAN AINA … WEI AKU MEMANG XPERCAYA ..UWAAAAAAA… RUPA-RUPANYE MEREKA TELAH BERSEPAKAT BELI KEK AWAL2 LAGI…XPERCAYE LA…NAIM MEKASIH TUK KEK 2 CEYYY SECRET RESIPY LAGI KEK 2..TERHARU SAMPAI NK TERGOLEK2 LA….JAHAT KORANG…NAIM,EKIN,AINA,DILLA,NURUL,& WANI..MEKASIH
EKIN MY BEST PREND dia yang rancang semua ni OTAI la..haahaah… MEKASIH 4 DA SWEET PARTY BESDAY FOR ME…SO SWEET… mekasih gak hadiah mu terlalu bernilai SAYANG…purse PURPLE & benda comel 2 pun so cute kale PURPLE HAHAHA….
AINA KO MEMANG AR BEST PREND AKU HEHEHE SEMPAT JGK KASI HADIAH huhu SEHARUM DAN SEWANGI KASIHMU…AINA kasi perfume PURE PURPLE…CAM NAK NANGIS JE….
MALAM 2 GAK…

Abang ngah ku yg tersayang kat sabah siap nyanyi2 lagi lagu ni kat aku..terharunyer
HARI INI hari yang kau tunggu, BERTAMBAH SATU TAHUN USIAMU. Bahagialah kamu, yang ku beri bukannya jam cincin bukan seikat bunga atau puisi juga kalung hati
maaf bukannya pelik aku xmahu modal ringgit, yang ingin aku beri padamu DOA SETULUS HATI
semoga TUHAN MELINDUNGI kamu serta TERCAPAI semua anggan dan CITA2 mu
mudah-mudahan moga UMUR PANJANG SIHAT SELAMA-lamanya
SELAMAT ULANG TAHUN SELAMAT ULANG TAHUN….

ABANG LONG yang ku kasih… thank 4 sweet jam tangan Q&Q QUARTZ… U AR DA BEST..LONG DAH BANYAK BERKORBAN TUK NIK SORY NIK DAH JAGA HANSET YANG LONG KASI 2 TAPI ALLAH LAGI SAYANG KAT HANSET 2 DAN DIA AMBIK DARI NIK..SORY SANGAT2 ALONG SAYANG…

ADIkKU UMIEZ DA SWEET GURLZ THANKZ hehehehe hadiahmu buatku benar2 menagis sayang … dirimu umpama mutiara yang bersinar terang…

Mak ayah yang sempat nyanyi lagu besday kat aku… UWAAAAAAAAAAAAAA TERHARU NYER… DOA MAK AYAH ADALAH UBAT YANG PALING MUJARAB BAGIKU …DOAKAN ANAKNDA SIHAT DAN BERJAYA DISINI…

JAI…. KO NI aduhhhhhhhhhhhhhh siap bagi JAM TANGAN KALE PURPLE ESPRIT… SEMANGATMU AKAN MEGALIR BERSAMA JAM MU 2….

ni antara memory aku mse smbut besday....


terkejut sangat2....



ni la member aku yg paling aku syg...



adakah masih ada lagi peluang untuk aku sambut lagi besday ni... so sweet my memory wif u all... thankz bucuk my prend....


BERUNTUNGKANN JADI YANA NI RAMAI YANG SAYANG …..

layan...

Masalah JAM!

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapa pun. Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut dalam hatinya. Dia mengulangi pertanyaan sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?"

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu.

Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun bersama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanyanya lagi.

"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama? Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang,

"Masalahnya?, SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRR!"

Monday, August 24, 2009

Wednesday, July 15, 2009

umiey adik tercayung..

adik.. maafkan kakak mu ni.. tadi adik col akak kat kelas xdpt angkat la sayang.. malam 2 adik col tp suara adik lemah sangat terkejut akak.. bile adik cakap adik demam akak terus diam..akak sedih akak rindu kat adik..

adik ckp nk mkn bubur nasi yg macam mak kite buat kan..so akak dengan bersungguh2 masak kan tuk adik..sory tak macam yang mak kite bt kan??? adik makan la byk2 eh.. adik ade ckp kat akak "kak sedap la bubur nasi ni macam mak je masak".. akak sedih adik ckp cam 2.. akak tgk adik mkn bnyk sangat..ye la dah 3 hari adik xmkn nasi.. t akak bt lagi eh...

dah bis makan adik peluk akak n ckp pelahan2 kat telinga akak.. "mekasih btkan bubur nasi kat adik..walau akak sibuk akak tetap bt jga.. sayang akak" menitis laju air mata ni.. "kita kan adik beradik susah senag kite kne tolong, sb 2 kasih sayang kite adik beradik sentiasa mekar"...

akak doakan adik sihat je.. jgn nakal2 tau..love u evrytime..

Tuesday, July 14, 2009

Alahai kerana selipar jepun…



Nk dijadikan cite suatu hari yang indah lagi aman aku dengan member best aku pnyer ar hepy tahap senyum sokmo…haha pnyer la kami syok2 aku plak tertidor hahai memang keje aku tidur je..ceh ape nk jadi la.. mase 2member aku g tandas. Aku plak cam tidur2 ayam..tp jngan samekan aku dengan ayam plak eh. Aku terdengar la dua suara yang aku pun xfham bhasa diorang..ya la bahasa cina mne la aku fham..bdk junior romate member aku dah balik..
aku pun dengan rajinnyer bngun n p la mandi manda.. syok2 mandi aku pun nk masuk bilik aik heran pintu bilik terbuka..aku masuk dan tibe2 terkejut junior member aku ni org cina tercegat sebalik pintu.. ALAMAK aku TERSALAH PAKAI SELIPAR JEPUN BUDAK TU LA… adoi… aku dengan kelam kelibut cpt2 tangglkan selipar tu n MINTK SORY SANGAT2..memang dasyat bdk tu xtgk pun muka aku yg cun melecun ni..punyer la dia bengang aku pakai selipar jepun dia.. wei aku tersilap pakai la………..

dah siap melawa.member aku msuk bilik so aku cite la kisah yg terjadi 3 minit lepas..dia terkejut gak n tenang kan aku yang serba salah plak.. junior cina tu bengang lagi dgn aku n member aku.. dia xcAkAp tapi cara jalan hentak2 kaki n letak baldi dia kat bilik bagai nk pecah baldi dia then kemas2 barang kat atas meja dia yang dia tinggal mase balik kampong punyer la bersepah sangat2, aku xtipu korang la tul ni.. aku tengOk la kat dia memang masam tahap cuka yg dah nk meletup ni..dia jelling kat aku n member.. so naik heran la aku PESAL EH BUDAK NI.. aku BAGI baru tau kang…aihhhh GERAM NI..

Tibe la plak malam menjelma aku syok2 borak dengan member jam kat dinding baru kul 10.. tibe2 dia mengamuk kat mak dia dalam bahasa cina yg aku xfhm ntah la ape yg dia mengadu… dia ade ckp mase first2 jmpe dia kene tidur 8jam xblh ganggu.. so aku n member CAKAP VERSI BISU la.. aku tgk kat budak tu memang selimut satu badan memang dia tengah angin dgn kami..
Esok pagi cam biasa la aku dengan member bngun solat subuh.. amboi bdk cina tu xbngun lagi.. member aku siap2 p kelas lam kul 8.. aik budak 2 xbngun lagi dah 10JAM tido..hampeh ar.. member aku p klas disusuli plak dengan aku yang last..

Kul 11 member MMS gambar.. aku ingat ape la… dia ckp DOT DOT bagi surat layang kat dia.. ni ayat nyer..
LAIN KALI, JIKA NAK GUNA BARANG ORANG TOLONG MINTA KEBENARAN DULU. SAYA PALING X SUKA ORG SENTUH BARANG SAYA TANPA TANYA SAYA, KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI..”

ALAHAI KERANA SELIPAR JEPUN YANG AKU PNJAM XSAMPAI 8MINIT DAH BUAT HAL PLAK DENGAN SENIOR NI…Aku dgn member naik angin jugak tp kami sabar tahap BERIMAN la..sb puasa hari tu.. member aku ape lagi balas balik la surat tu..

“HAI KENAPE NAK MARAH2 NI..AWAK NI DUK DALAM BILIK BERTIGA BUKAN AWAK SORANG.. KITA NI HIDUP BERMASYARAKAT N BERSAMA FAHAM KE ISTILAH NI…NI MALAYSIA LA… AMBOI SAYA GERAM JUGAK KAT AWAK TAPI SAYA SABAR JE AWK TU YG MELENTING XTENTU PASAL KENAPA.. JUNIOR SAYA DULU PUN CINA JUGAK TAPI BAIK N XKESAH SETAKAT NK PINJAM SELIPAR JEPUN DAN DIA SANGT SPORTING DENGAN MEMBER SATU BILIK..BOLEH KONGSI APE JE. TIDUR SAME2 N MAKAN SAME2 SATU BILIK.SAYA PUN TAK BERMINAT LANGSUNG NK SENTUH BARANG AWAK..TAK DE MAKNA LA.. LAU NK PRIVATE PERGI LA CARI BILIK YG BLH AWK DUK SORG2.. KITA PERLU HORMATI ORG LAIN JIKA NK ORG HORMAT KAT KITA..”

Tu la antara ayat yg member aku karang bukan nk sakitkan hati dia tp nk beri pengajaran.. MEMBER AKU PUN DAH TEKAD LAU DIA ADE MSLH N NK TANYE2 APE MEMBER AKU XAKAN LAYAN.. nk bgi pengajaran la sket kat dia ye la dah tau baru 6 hari kat cni so consider la dngn member sebilik.. kdg2 bdk tu xberape nk hormat ketika org tngh solat.. member aku dah bagi isyarat suh dia DIAM dia bt dek je.. subhanaallah ujian betul member aku termasuk aku la sekali…

Bile aku berjauhan dengan member dia xsmgt nk duk bilik tu..sb menyampah dengan bdk 2 yg xhormat org.. tp member aku still selambe rock je.. lantak la ko bdk nk buat pe pun asal jgn ganggu aku n member..

ALAHAI KERANA SELIPAR JEPUN… Aku bagi cadagan kat member stkat selipar jepun RM2 beli la 5 pasang letak kat bilik…ingat kami ni lapar ke nk gune selipar jepun tu….. ALAHAI KERANA SELIPAR JEPUN



So lu pikir la sendiri… logic ke x ALAHAI KERANA SELIPAR JEPUN….hahahaha

thanks....sudi singgah...

thanks....sudi singgah...