Tuesday, April 21, 2009

my exam..

asgmnt sume dah hantar skrg tibe la plak mase tuk final test aku.. setelah mengharungi cabaran n dugaan, keperitan kemanisan n sume2 yang terlibat akhirnya tiba la saat diuji.. study..study..study perlu tuk berjaya..

saat dan ketika ni terdetik untuk aku muhasabah diri... saat2 nk exam ni macam2 kan... tp aku kene kuat semangat.. pesan mak dan ayah suruh aku tenang jgn fikir benda yang boleh merungsingkan fikiran.. hehe ank mak n ayah ni degil sikit tau..

anak mak akan belajar bersungguh2.. anak ayah akan kuat semangat..


buat kawan2 exam ni buat yang terbaik.. doa aku tuk korg dapat result ok.. jgn putus asa berjuang dulu habis-habisan baru kite tawakkal.. insyaAllah kite dapat pe yang dikejar. just percaya bahawa pe yang tersurat n tersirat ada rahmatnye...

so.. go..go.. chayoik aku boleh buat. teruskan usaha.. yuppp

Thursday, April 9, 2009

buat sahabatku....

Bila kau letih dan hilang semangat,
Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya.

Bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan,
Allah telah mengira titisan air matamu.

Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah setia di sisimu.

Bila kau telah mencuba segalanya,
Tetapi tidak tahu tujuan,
Allah ada jalan penyelesaiannya.

Bila tidak ada yang beerti buatmu, keliru dan kecewa,
Allah adalah jawapannya…

Wednesday, April 8, 2009

Ungu - Cinta Dalam Hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan
hidupmu, Dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku,

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja...

sahabat...


Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih
dan kau suburkan dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa
dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian.

Selemah-lemah manusia
ialah orang yg tak berusaha mencari sahabat
dan orang yang lebih lemah dari itu
ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari.

Supaya engkau memperoleh sahabat,
jadikan dirimu sendiri lebih dulu sanggup
menyempurnakan menjadi sahabat orang lain.

Ungkapan sahabat yang jujur lebih besar harganya
daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang.

Sahabat yang baik adalah orang yang berkata benar,
dan bukannya orang yang hanya membenarkan kata-kata.

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu
ketika kamu memerlukan dukungan.
walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain
yang lebih menguntungkan.

Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal,
terikat kepadamu ketika kamu berkata,
" Tinggalkan aku sendiri ".

Kesunyian bukanlah sekutu derita,
melainkan sahabat ketinggian jiwa.

Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat
yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur

thanks....sudi singgah...

thanks....sudi singgah...